FANDOM



  Bulgaria  China  Taiwan  Czech  UK  France  Germany  Indonesia  Italy  Japan  Malaysia  Poland  Portugal  Romania  Russia  Spain  Turkey  Vietnam

Strategi Serangan Edit

Terdapat banyak Strategi Serangan yang terdapat dalam serangan yang berjaya (atau "menggodam") dalam sesebuah Rangkaian, semua godaman yang mengambil tempat menggunakan gabungan dua cara utama: Serangan Ganaas dan Serangan Hendap.

Serangan Ganas Edit

Godaman Serangan Ganas adalah dimana pemain menyerang Rangkaian dengan Program Penyerang yang memberikan kerosakan dalam cubaan untuk menakluki dan menawan Nod-Nod dalam sesebuah Rangkaian. Di awal permainan, pemain hanya boleh menggunakan beberapa jenis sahaja Program Penyerang dan Pertahanan, dan satu sahaja strategi tunggal: Menawan Nod dengan Laser dan Shuriken. Pada tahap yang lebih tinggi, pemain akan mendapat Program dengan serangan yang berbeza seperti Cacing dan Kraken, membolehkan strategi yang lebih maju dibangunkan.

Memulakan Serangan Ganas Edit

Serangan Ganas dilancarkan dengan memilih Nod yang anda ingin memasang Program kedalamnya, dan memilih Program daripada senarai Program anda yang telahpun disusun yang disimpan dalam pustaka anda. Program dengan lambang mangga tidak boleh dipasang pada Nod kerana terikat dengan syarat tertentu. Setiap Program mempunyai masa pemasangan yang berbeza-beza. Setelah ianya dimasukkan, Program akan menyerang Nod yang tersambung.

Rangkaian yang kebiasannya dibina dengan satu atau lebih kelompok kawasan pertahanan - Meletakkan tumpuan yang lebih terhadap Nod Sekuriti. Apabila penyerang membocorkan Nod kemasukan dalam pembentangan tertentu, Nod Sekuriti akan melawan kembali dan boleh mendapatkannya semula dengan pantas. Untuk mengekalkan Nod dibawah kawalan si penyerang, anda boleh memperkukuhkannya dengan Program Pertahanan seperti Dinding ICE dan Pelindung.

Keutamaan Serangan Edit

Program yang berbeza mempunyai cara serangan yang berbeza,dengan sesetengah Program juga mempunyai kebolehan istimewa tambahan. Apabila Program Penyerang mempunyai pilihan terhadap Nod manakah yang patut/perlu diserang, kebanyakkan Program memilih sasaran berdasarkan ciri-ciri yang berikut .

Senarai keutamaan: (Dikemaskini untuk v.1.011 - Lihat Nota Tampalan)

  1. Nod Sekuriti yang aktif - (Sentri, Turret, ICE Hitam). Nod Sekuriti yang lain (Penjaga, Pengimbas dan Perisai Kod) dianggap Nod yang biasa dalam hal ini.
  2. Teras.
  3. Nod Hitam - Nod yang dipasang Pemusnah Virus.
  4. Nod Separa Hitam - Nod yang sedang dimasukkan Pemusnah Virus.
  5. Nod Putih dan Nod yang sedang dinaik taraf - Nod yang sedang dinaik taraf dan Nod yang tidak mempunyai Pemusnah Virus.
  6. Nod yang berada dibawah pengaruh Hantu.

Jika Nod yang bersambung jatuh kedalam jenis yang sama, turutan dimana Nod disambungkan akan lebih diutamakan, dengan Nod yang tersambung dahulu mempunyai keutamaan lebih daripada Nod yang terakhir disambungkan.

Senarai Program dalam Wiki mempunyai "Gaya Serang" dan "Gaya Penyasaran":

  • Serangan daripada Program jenis Peluru mengambil masa yang singkat untuk sampai ke sasaran.
  • Serangan dariapda Program jenis Pancaran akan sampai ke sasaran serta-merta.
  • Program Tertumpu tidak menggumpulkan tenaga untuk sasaran sebaik sahaja mereka mula menyerang sesebuah Nod.
  • Program Tetap akan mengumpulkan tenaga untuk sasaran apabila Nod yang mempunyai Keutamaan Serangan lebih tinggi boleh disasarkan.
  • Program KK akan berlangsung apabila apa sahaja Nod yang bersambung boleh disasarkan.

Serangan Hendap Edit

Godaman Serangan Hendap adalah dimana pemain menyerang Rangkaian dan memasang Program Serangan Hendap, samada untuk masuk ataupun keluar dari Rangkaian tanpa dikesan, atau untuk melumpuhkan Rangkaian dalam persediaan Serangan Ganas. Apabila anda mula menyambung ke Rangkaian lain, pertahanan Rangkaian tidak akan menyedari kehadiran anda. Dengan menggunakan Program Serangan Hendap, anda boleh menggodam sebahagian daripada Rangkaian dalam Keadaan Akses. Dalam mod ini, anda boleh melumpuhkan Nod Sekuriti, mencuri Sumber dan juga menggodam Teras.

Untuk memulakan Serangan Hendap, penyerang perlu memasukkan Program Akses terlebih dahulu kedalam Nod SambunganNet untuk mendapatkan laluan ke Nod yang bersebelahan. Maka, penyerang boleh memasang lebih banyak Program Akses untuk menembusi Rangkaian lebih jauh kedalam dan memasang Lintah Data, Hantu dan/atau Program Portal untuk memuat turun Sumber, mematikan Nod secara kekal atau mendapat kawalan sepenuhnya terhadap sesuatu Nod dan kebolehan untuk meletakkan Program Serangan Ganas lagi jauh kedalam Rangkaian.

Memulakan Serangan Hendap Edit

  • Serangan Hendap akan bermula jika serangan pertama anda adalah Program Akses, meletakkan Rangkaian tersebut kedalam Keadaan Akses. Pemasa akan menunjukkan "--.--" dan penunjuk "Pengelihatan" akan muncul menunjukkan jumlah masa yang tinggal sebelum anda tertangkap oleh Rangkaian. Penunjuk ini mewakili 3600 Pengelihatan.
  • Serangan Hendap mempunyai harga Pengelihatan, dinyatakan dalam harga sesaat. Banyak sebab yang membolehkan peningkatan harga Pengelihatan.
    • Sila ambil perhatian yang bahawa Hantu mempunyai masa pemasangan selama dua saat dan Portal mempunyai masa pemasangan selama enam saat. Lintah Data juga mempunyai harga tambahan berdasarkan masa ia diambil untuk memuat turun Sumber dan Maklumat Teras.
    • Program yang dipasang kedalam Perisai Kod akan mempunyai kenaikan harga dalam lawan semula kekuatan Penapis.
    • Pengimbas akan meningkatkan harga Program yang dipasang dalam tiga Nod daripada butiran Senstivitinya.
    • Rangkaian juga mempunyai pengesan Serangan Hendap semulajadi sebanyak 20/s. Butiran ini ditunjukkan dalam Teras hanya untuk tujuan paparan sahaja - Mematikan Teras semasa Serangan Hendap tidak membuatkan anda lebih sukar untuk dikesan.
  • Harga Pengelihatan menjadi sah apabila sesebuah Nod sedang memasang/berlangsung dalam sesebuah Rangkaian. Setiap Program Serangan Hendap kecuali Lintah Data membuang dirinya sendiri daripada Rangkaian setelah dipasang.
    • Contoh 1: Akses tahap tiga berharga 150 Pengelihatan/Sesaat. Ianya memerlukan 170 Pengelihatan untuk memasang Program tersebut, 200 Pengelihatan untuk memasang ia kedalam Nod dalam lingkungan tiga Nod daripada Pengimbas tahap satu dan 680 Pengelihatan untuk memasangkannya kedalam Perisai Kod tahap satu.
    • Contoh 2: Lintah Data tahap lima berharga 20 Pengelihatan/Sesaat. Ianya memerlukan 40 Pengelihatan untuk memasang Program tersebut kedalam Teras, dan akan berharga lagi 40 Pengelihatan Sesaat daripada muat turun Teras. Jika teras tersebut berada dalam lingkungan Pengimbas tahap tujuh, ianya akan berharga 60 Pengelihatan untuk memasangkannya, dan lagi 60 Pengelihatan Sesaat untuk memuat turun Teras Tersebut.
  • Jika anda menggunakan apa sahaja serangan yang bukan Serangan Hendap, atau meletakkan Program dalam sesebuah Nod tanpa memasukkan Program Akses, fasa Serangan Hendap tamat dan Rangkaian akan menyerang anda seperti biasa.
  • Apabila fasa Serangan Hendap tamat, semua Program Serangan Hendap kecuali Portal akan dibuang, termasuk Program Lintah Data. Memandangkan Hantu menghilangkan dirinya secara sendiri sebaik sahaja ianya dimasukkan, Nod yang dimatikan Hantu akan kekal mati selagi mana Godaman tersebut berlangsung.

Dalam video ini, anda boleh melihat asas kepenggunaan Program Akses dan Program Hantu.

Dengan menggunakan maklumat ini, serangan terhadap sesebuah Rangkaian boleh dirangcang. Curi semua Sumber dan lari. Memuat turun Teras secara terus untuk mendapatkan Kemasyuran dengan mudah. Lemahkan lagi Nod Sekuriti sebelum melancarkan serangan secara habis-habisan atau rempuh pintu hadapan - Pilihan di tangan anda.

Hackers Wikia - Permainan
Laman Utama
Permainan Nod Program
Penggodaman

Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran 

Lain-Lain

Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan 

Aturan

Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan 

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.