FANDOM


Pembentangan Rangkaian Bersifat Pertahanan Edit

Terdapat beberapa pembentangan yang biasanya digunakan oleh pemain. Senarai ini memberikan rumusan tentang pembentangan ini dan memberikan tips dan helah:

  • Sekumpal: Semua Nod disambung dalam satu kumpalan besar, dengan semua Nod bersambung ke semua Nod yang boleh disambungkan.
    • Kekuatan
      • Program Pemusnah Virus Sentri merebak dengan cepat ke semua Nod dalam Rangkaian.
      • Ianya boleh mengelirukan penyerang, memandangkan ianya sukar untuk mencari jalan yang terbaik.
    • Kelemahan
      • Sukar untuk meletakkan Nod SambunganNet dengan bijak.
      • Ianya lemah terhadap Serangan Hendap. Biasanya terdapat cara untuk menggunakan Portal ke tengah Rangkaian dan mulakan serangan daripada tempat tersebut.
      • Lemah terhadap serangan berat Shuriken.
  • Taufan: Versi yang lebih maju pembentangan Sekumpal. Taufan mengandungi Sentri bertahap tinggi selari dengan kekuatan keseluruhan Rangkaian, dan Teras tahap tinggi membolehkan Nod tahap rendah untuk ditambah kedalam Rangkaian Core enabling an increased number of low level nodes on the network.
    • Kekuatan
      • Kerosakan tinggi daripada Sentri akan menawan Nod yang mempunyai firewall sedikit dengan pantas.
      • Sukar untuk mendapatkan asas dimana sahaja.
      • Nod berkumpul sekali, membuatkan ianya sukar untuk disasarkan secara berkesan apabila diperlukan.
    • Kelemahan
      • Jalan yang banyak memberikan kawalan ringan kepada yang mempertahankan terhadap bagaimana penyerang akan berkembang.
      • Perkembangan Rangkaian dibantutkan sementara kerana kenaikan harga Sentri/Teras.
      • Segala kelemahan diatas yang melibatkan Pembentangan Sekumpal. Portal atau Shuriken/Perenjat yang diletakkan dengan baik terhadap Taufan yang direka dengan lemah boleh mematikan kekuatan Rangkaian secara keseluruhan.
  • Lipan/Ular: Rangkaian berbentuk lonjong dengan semua SambunganNet pada satu sudut dan Teras pada hujung lagi satu. Nod yang berada ditengah dikelilingi Nod Pertahanan untuk memperlahankan kemajuan si penyerang.
    • Kekuatan
      • Baik terhadap Serangan Ganas, terutama sekali apabila menggunakan Perisai Kod, memandangkan ianya memerlukan masa yang lama untuk ditewaskan.
      • Penyerang akan lebih cenderung untuk membelanjakan lebih Program keatas Nod yang berada diantara SambunganNet dan Teras.
    • Kelemahan
      • Lemah terhadap serangan berasaskan Kraken kerana Nod berada diantara SambunganNet dan Teras akan diserang. Dalam Rangkaian ini si penyerang boleh memanfatkan keupayaan Kraken.
  • Pokok: Rangkaian yang mempunyai beberapa cabang. Setiap cabang boleh dipanjangkan lagi ke cabang yang lebih kecil. Satu cabang mempunyai semua SambunganNet. Teras dan Nod Bisnes yang lain diagihkan kepada banyak cabang yang berbeza amongst the different branches.
    • Kekuatan
      • Ianya sangat sukar untuk menembuskan keseleruhan Rangkaian - Penyerang terpaksa membelanjakan lebih banyak Program untuk mencapai Nod dalam semua cabang.
    • Kelemahan
      • Ianya lemah terhadap serangan mencuri, memandangkan penyerang boleh menumpukan serangan keatas satu cabang sekaligus mencuri sebahagian sumber atau Teras tanpa menembusi keseluruhan Rangkaian.
  • Bercirikan Sumber: Pembentangan ini biasanya lebih digunakan untuk melindungi Sumber daripada serangan Kraken, bagi pemain yang mencapai tahap 20 akan menukar daripada Lipan ke pembentangan Anti-Kraken. dalam pembentangan sebegini, ianya adalah untuk memastikan yang bahawa Sumber tidak menghalang laluan Kraken dengan mencabang ditengah jalan. Pembentangan sebegini biasanya mempunyai dua jenis, Teras yang dilindungi atau Teras yang tidak dilindungi. Kumpalan pertahanan diantara Teras dan SambunganNet adalah Pembentangan Teras Yang Dilindungi. Dalam pembentangan Teras yang tidak dilindungi, kumpalan pertahanan ditumpukan untuk melindungi Sumber sahaja. Peletakan pertahanan mungkin berbeza-beza dari pembentangan ke pembentangan.
    • Kekuatan
      • Penyerang perlu menggunakan strategi bukan-Kraken untuk mencuri Sumber, jadi secar amnya, pembentangan ini dilindungi daripada strategi Kraken (terutama sekali untuk Teras yang tidak dilindungi)
    • Kelemahan
      • Teras sangat berisiko diserang penyerang yang tidak mempedulikan tentang Sumber.
      • Serangan Kraken masih boleh dibuat dalam hal pembentangan Teras Yang Dilindungi dan memusnahkan cabang Sumber.
    • Ciri utama pembentangan jenis ini:
      • Kumpalan pertahanan mempunyai Pengimbas atau Perisai Kod pada permulaan (dalam hal Teras Yang Dilindungi).
      • Perisai Kod dan juga Pengimbas memberi tiga ruang program kepada penyerang, walaubagaimanapun, Pengimbas lebih baik daripada Perisai Kod kerana, Pengimbas mempunyai empat sambungan Nod, manakala Perisai Kod hanya ada tiga. Jadi, Pengimbas yang disokong dengan tiga Turret membuatkan ianya lebih sukar untuk dilalui si penyerang.
      • Walaubagaimanapun, satu Turret boleh ditawan oleh Kraken (dalam Teras Yang Dilindungi)
      • Gabungan Pengimbas dan Turret dalam pembentangan Teras Yang Tidak Dilindungi memberikan kelebihan yang banyak kepada Sumber yang dilindungi, kerana penyerang perlu berdepan dengan kesemua tiga Turret.
  • Gabungan: Sudah tentu, anda boleh menggunakan gabungan untuk pembentangan-pembentangan ini (sebagai contoh lipan dengan kumpalan pertahanan, yang dimana ianya meningkatkan keberkesanan Sentri, tetapi mengurangkan panjang keseluruhan lipan), untuk kejayaan yang pelbagai.
    • Kekuatan
      • Boleh mengurangkan kelemahan pembentangan tertentu.
    • Kelemahan
      • Kelebihan mempunyai jenis Rangkaian yang tertentu dikurangkan.

Peletakan Nod Edit

Apabila membina sesebuah Rangkaian, anda boleh meningkatkan keberkesanannya dengan mengetahui keutamaan serangan yang diikuti apabila Rangkaian anda diserang, dan memahami jenis Nod yang terlibat. Jika Nod yang bersambung jatuh ke jenis yang sama, turutan dimana Nod disambung akan lebih diutamakan, dengan Nod yang disambungkan terlebih dahulu mempunyai keutamaan lebih berbanding dengan Nod yang terakhir disambungkan.

Peletakan Nod yang berkesan akan meningkatkan lagi kekuatan sesebuah Rangkaian. Disini adalah beberapa perkara yang perlu dititikberatkan:

  • Teras - Peletakan Teras bergantung kepada dua gaya permainan: Menguruskan Kemasyuran atau menguruskan Sumber
    • Menguruskan Kemasyuran - Letakkan Teras jauh kedalam Rangkaian.
    • Menguruskan Sumber - Letakkan Teras hampir pada permulaan Rangkaian berhampiran dengan SambunganNet.

Lebih banyak pengubah suaian akan tiba! (maklumat lwn Serangan Ganas dengan menggunakan umpan, maklumat lwn Serangan Hendap dengan menggunakan Pengimbas dan Perisai Kod.)

Tips Edit

  • Kaji pembentangan Rangkaian yang pelbagai. Lihat perbincangan ini dalam perbincangan Hackers untuk melihat beberapa pembentangan "beraksi".
  • Bina semula Rangkaian anda dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang biasanya berkesan terhadap penyerang bertahap rendah biasanya tidak akan berkesan pada tahap 35 atau 55.
  • Ulang tayang Godaman yang berjaya terhadap Rangkaian anda dalam Log Sekuriti untuk melihat bagaimana pertahanan anda ditembusi untuk mencari titik lemah anda.
Permainan
Penggodaman Godaman • Kemasyuran • Log Sekuriti 
Lain-Lain Pembinaan Rangkaian • Peta Dunia • Sumber • Kredit • Jalinan Pembina • Perisai • Kulit • Misi • Black Market(Bahasa Malayu) • Nota Tampalan 
Aturan Tips Permainan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan 

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.