FANDOM


Access Dataleach Portal Wraith
Akses Lintah Data Portal Hantu

Rumusan Edit

Program Serangan Hendap adalah cara yang menyeronokkan untuk menggodam sesebuah Rangkaian. Menggunakan serangan seperti Lintah Data, Hantu dan Portal, pemain boleh menghabiskan semua Teras atau Pangkalan Data, mematikan Sentri dan Turret, dan boleh memilih Nod untuk memulakan Serangan Ganas, semuanya sebelum Rangkaian perasan akan kehadiran anda.

Asas Serangan Hendap Edit

  • Godaman Serangan Hendap akan bermula jika serangan pertama anda adalah Program Akses, menjadikan sesebuah Rangkaian itu berada dalam keadaan Akses. Pengira masa akan menunjukkan "--.--" dan penunjuk "Pengelihatan" akan muncul dan menunjukkan jumlah masa yang tinggal sebelum anda ditangkap oleh Rangkaian. Penunjuk ini mewakili 3600 Pengelihatan.
  • Serangan Hendap mempunyai harga Pengelihatan, ditunjukkan dalam harga sesaat. Banyak sebab lain yang boleh meningkatkan harga Pengelihatan.
    • Hantu mempunyai masa pemasangan sebanyak dua saat manakala Portal pula adalah enam. Lintah Data juga mempunyai harga tambahan berdasarkan masa diambil untuk memuat turun Sumber dan maklumat Teras.
    • Program yang dimasukkan kedalam Perisai Kod mempunyai peningkatan harga lawan balik keatas kekuatan Penapisnya
    • Pengimbas akan meningkatkan harga Program yang dipasang dalam lingkungan tiga Nod daripada butiran Senstitivitinya.
    • Rangkaian juga mempunyai pengesan Serangan Hendap sebanyak 20/s. Butiran ini ditunjukan dalam Teras hanyak untuk tujuan paparan sahaja - mematikan Teras semasa Serangan Hendap tidak membuatkan anda lebih sukar untuk dikesan.
  • Harga pengelihatan dikenankan apabila Nod sedang memasang/berlangsung dalam sesebuah Rangkaian. Setiap Program Serangan Hendap kecuali Lintah Data ditanggalkan sendiri daripada Rangkaian tersebut sebaik sahaja ianya dipasang.
    • Contoh 1: Akses Tahap tiga berharga 150 Pengelihatan/Sesaat. Ianya memerlukan 170 Pengelihatan untuk memasang Program tersebut, 200 Pengelihatan untuk memasang ke Nod dalam tiga Nod daripada Pengimbas tahap satu dan 680 Pengelihatan untuk dipasang pada Perisai Kod tahap satu.
    • Contoh 2: Lintah Data Tahap 5 berharga 20 Pengelihatan/Sesaat. Ianya memerlukan 40 Pengelihatan untuk memasang Program tersebut kedalam Teras, dan akan bernilai lagi 40 Pengelihatan sesaat untuk muat turun Teras. Jika Teras berada dalam lingkungan Pengimbas Tahap tujuh, ianya akan berharga 60 Pengelihatan untuk dipasang, dan lagi 60 Pengelihatan sesaat untuk memuat turun Teras tersebut.
  • Jika anda menggunakan apa sahaja serangan yang bukan Serangan Hendap, atau meletakkan Program kedalam Nod tanpa memasang Program Akses, fasa Serangan Hendap tamat dan Rangkaian menyerang anda seperti biasa.
  • Apabila fasa Serangan Hendap tamat, semua Program Serangan Hendap kecuali Portal akan dibuang, termasuk Program Lintah Data. Memandangkan Hantu membuang dirinya selepas dipasang, Nod yang dimatikan oleh Hantu akan kekal mati selama Godaman tersebut.

Dengan menggunakan maklumat ini, serangan terhadap Rangkaian boleh dirancang. Curi kesemua Sumber dan lari. Memuat turun Teras secara terus untuk mendapatkan Kemasyuran dengan mudah. Melemahkan Nod Sekuriti sebelum menyerang secara habis-habisan - pilihan dalam tangan anda.

Maklumat Lain Edit

  • Serangan Hendap adalah mustahil untuk dijejak semula jika anda boleh meninggalkan Rangkaian tersebut sebelum Penunjuk Pengelihatan mencapai 3600; jika penggera dicetuskan, anda boleh dijejak.
Hackers Wikia - Program
Laman Utama
Program Nod Permainan
Penyerang

Battering ram Penghentam  Ion cannon Laser  Blaster Meriam  Kraken Kraken 
Maniac Si Gila  Shock Perenjat  Shuriken Shuriken  Worms Cacing 

Pertahanan

Icewall Dinding ICE  Protector Pelindung 

Serangan Hendap

Access Akses  Dataleach Lintah Data  Portal Portal  Wraith Hantu 

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.