FANDOM


Reputation

Kemasyuran

Pengenalan Edit

Dalam dunia Hackers, para pemain ditentukan dengan tahap kemasyuran. Kemasyuran meningkat dengan Godaman dan pertahanan rangkaian yang berjaya dan akan hilang apabila pemain gagal untuk memenuhi syarat menang bila menggodam pemain lain ataupun rangkaian mereka berjaya digodam

Sasaran baharu dicari dalam Peta Dunia adalah berdasarkan kemasyuran pemain. Tahap pemain juga diambil kira. Kemasyuran juga menunjukkan kedudukan pemain dalam carta.

Pemboleh ubah kemasyuran untuk kejayaan atau kegagalan sesebuah serangan bergantung kepada beza kemasyuran si penggodam dan sasaran mereka. Menyerang pemain dengan Kemasyuran yang tinggi akan memberikan ganjaran yang besar dan kerugian yang kecil. Dan, menyerang pemain yang mempunyai Kemasyuran yang rendah memberikan ganjaran yang sedikit dan kemungkinan kerugian besar. Menyerang pemain dengan Kemasyuran yang sama akan memberikan kerugian dan keuntungan yang setara.

Peningkatan dan Pengurangan Kemasyuran Edit

Pemain boleh meningkatkan Kemasyuran dengan memenuhi apa sahaja daripada tiga matlamat berikut ketika Godaman:

a.) Mengambil alih Rangkaian - Ini dicapai apabila semua Nod dalam Rangkaian bertukar merah. Nod akan bertukar merah apabila pemain memasukkan Program Penyerang dalam cubaan untuk mengambil alih Nod yang tersambung. Pemain juga boleh memasukkan Program Pertahanan untuk menahan Nod yang telah ditawan.

b.) Memuat turun pangkalan data Teras - Ini dicapai apabila penunjuk kemajuan Teras yang ditawan bertukar sifar. Penunjuk kemajuan berwarna hitam akan muncul apabila Teras telah ditawan dan akan terus berkurangan dalam keadaan ini. Penunjuk kemajuan akan kembali jia ianya ditawan semula oleh Rangkaian. Teras tidak perlu terus ditawan selepas pangkalan data telah dimuat turun untuk memenuhi matlamat ini.

c.) Mencuri semua Sumber Nod Bisnes - Ini dicapai apabila penunjuk kemajuan semua Nod Bisnes (kecuali SambunganNet) bertukar sifar. Penunjuk kemajuan adalah Emas bagi Ladang Pelayan dan Pangkalan Data dan Merah bagi Lombong B-Coin dan Pembancuh B-Coin.

Jumlah keseluruhan markah Kemasyuran yang diperolehi bergantung kepada apa syarat-menang yang dipenuhi dan seberapa susah serangan tersebut (perbezaan Kemasyuran antara penyerang dan yang mempertahankan ). Pemain menerima sepertiga markah Kemasyuran yang ada untuk setiap syarat-menang yang dipenuhi. Markah Kemasyuran hanya boleh diperolehi apabila menggodam Rangkaian Buatan Pemain dan bukannya Misi Buatan Komputer.

Permainan
Penggodaman Godaman • Kemasyuran • Log Sekuriti 
Lain-Lain Pembinaan Rangkaian • Peta Dunia • Sumber • Kredit • Jalinan Pembina • Perisai • Kulit • Misi • Black Market(Bahasa Malayu) • Nota Tampalan 
Aturan Tips Permainan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan 

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.