FANDOM



  Bulgaria  China  Taiwan  Czech  UK  France  Germany  Indonesia  Italy  Japan  Malaysia  Poland  Portugal  Romania  Russia  Spain  Turkey  Vietnam

Pengenalan Edit

Serangan (atau godaman) dalam Hackers adalah dimana pemain menyerang rangkaian buatan pemain ataupun Misi rekaan komputer dalam cubaan untuk menawan rangkaian, memuat turun pangkalan data Teras dan/atau mencuri semua Sumber yang disimpan di dalam Nod Bisnes. Ini boleh dilaksanakan dengan memanfaatkan pelbagai program yang telah disusun yang boleh digunakan oleh pemain.

Seorang pemain boleh masuk ke rangkaian lain apabila anda membuat serangan daripada Peta Dunia ataupun dengan menjejak kembali penyerang anda daripada Catatan Keselamatan. Seorang pemain tidak boleh menyerang pemain lain jika:

  • Mereka sedang digodam pemain lain .
  • Perisai servis pertahanan luaran 9SEC sedang berlangsung.

Fasa Godaman Edit

Apabila pemain memasuki sesebuah rangkaian, mereka mungkin akan berada di dalam tiga fasa:

1.) Pelangsungan Keselamatan - Fasa ini membolehkan pemain memerhati dan kaji sesebuah rangkaian untuk 30 saat sebelum pertahanan Rangkaian berlangsung. Pemain boleh meninggalkan paparan ini dan kembali untuk kembalikan masa ke asal, atau memilih untuk memasang program Serangan Hendap ataupun Serangan Ganas.

2.) Keadaan Akses - Fasa ini cuma berlaku apabila pemain menempatkan program Akses dalam SambunganNet, sekaligus memulakan Serangan Hendap. Apabila pemain tertangkap atau menempatkan program Serangan Ganas, mereka akan memasuki fasa yang seterusnya.

3.) Mula-Semula Rangkaian - Fasa ini bermula apabila masa pelangsungan keselamatan tamat, si pemain tertangkap dalam keadaan serangan hendap, ataupun si pemain memilih untuk memasang program bukan serangan hendap. Pemain mempunyai masa tiga (3) minit untuk memasang Program Serangan dan Pertahanan dalam rangkaian tersebut untuk memenuhi salah satu syarat-menang dibawah.

Fasa ini akan tamat sekiranya perkara-perkara tersebut berlaku:

  • Ketiga-ketiga syarat-menang telah dicapai.
  • Masa tiga minit tamat.
  • Pemain keluar daripada rangkaian dengan menekan butang "putuskan".

Sebaik sahaja fasa mula-semula rangkaian tamat, pemain akan ditunjukkan dengan keputusan godaman. Sebuah tingkap kecil akan menunjukkan keadaan mutlak sesebuah godaman (sebagai Berjaya atau Gagal), pengesan matlamat, seberapa banyak markah Kemasyuran yang diperolehi/hilang, jumlah Sumber yang dicuri, dan jika teras berjaya dimuat turun sepenuhnya - memberikan akses kepada fail BacaSaya.txt.

Syarat-MenangEdit

Pemain perlu memenuhi diantara tiga matlamat dalam masa tiga minit untuk mencapai godaman yang berjaya:

a.) Tawan rangkaian - Ini akan tercapai apabila semua Nod dalam rangkaian bertukar merah. Nod akan bertukar merah apabila pemain memasang program serangan dalam cubaan untuk menawan Nod yang bersambung. Pemain juga boleh memasang program Pertahanan untuk mengekalkan Nod yang ditawan.

b.) Memuat turun pangkalan data Teras - Ini akan tercapai apabila penunjuk kemajuan teras yang ditawan bertukar sifar. Penunjuk kemajuan hitam akan muncul apabila teras telah ditawan dan akan terus berkurang dalam keadaan ini. Penunjuk kemajuan akan kembali-semula jika Teras ditawan semula oleh rangkaian. Teras tidak perlu terus ditawan selepas pangkalan data dimuat turun untuk mencapai matlamat ini.

c.) Mencuri semua sumber Nod Bisnes - Ini dicapai apabila penunjuk kemajuan semua Nod Bisnes (Kecuali SambunganNet) bertukar sifar. Penunjuk kemajuan adalah Emas bagi Ladang Pelayan dan Pangkalan Data manakala Merah bagi Lombong B-Coin dan Pengisar B-Coin.

Jumlah keseluruhan markah kemasyuran yang diperolehi bergantung kepada apa syarat yang dipenuhi dan tahap kesukaran serangan tersebut (beza tahap antara si penyerang dan yang mempertahankan). Pemain menerima sepertiga markah kemasyuran yang terdapat dengan setiap syarat-menang yang mereka penuhi. Markah kemasyuran cuma boleh diperolehi apabila menggodam rangkaian buatan-pemain dan bukannya Misi buatan komputer.

Memperolehi Sumber Dan Kepakaran/Pengalaman Edit

Jumlah sumber yang terdapat dalam sesebuah rangkaian akan dipaparkan di dalam rumusan sebelum memulakan godaman di Peta Dunia, dan di sudut sebelah atas kiri selepas bersambung dengan rangkaian. Sumber boleh dicuri daripada pelbagai Nod Bisnes yang menpunyai sumber yang berkaitan dengan fungsi mereka.

Sehingga 30% sumber pemain yang disimpan boleh dicuri

Tidak ada kepakaran/pengalaman yang akan diperoleh daripada menggodam pemain lain ataupun Misi. Kenaikan tahap akan diperoleh daripada Bangunan dan Menaik Taraf Nod dalam rangkaian anda, dan juga naik taraf Program anda.

Hackers Wikia - Permainan
Laman Utama
Permainan Nod Program
Penggodaman

Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran 

Lain-Lain

Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan 

Aturan

Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan 

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.